September 9, 2010

Salam

Raya!




kthxbye! kahkahkah!

July 11, 2010

blur

tumblr :)
najemisyemshuding.tambeler.kong









:P

April 19, 2010

saya anti dadah.

The Times - Picagari.mp3



oh murung wajah mu
kusut tak terurus
lemah longlai
bak mayat hidup

insaflah kawanku
usah kau celaru
khayal melayan
syurga sementara

jauhilah
dadah musuhmu
perosak akhlakmu

lindungilah
masa depanmu
usah cemarkannya

ayuh basuh tangan dosamu
pilu airmata ibu mengalir
memikirkanmu

April 18, 2010

suka bai suka!


walaweyh! lawa siot gambar ni. sebab aku berada di tengah tengah HAHAHA! XD
tapi tak semua yang ada. esok lusa la pulak ok bebeh!

April 16, 2010

March 13, 2010

burung-burung berkicauan

Sudah lama tak melaram dengan Canon Rebel XSi aku. takut jugak hilang ilmu yang ada nanti. ilmu dah la tersangat cetek, nanti makin cetek pulak kan susah. jadi, awal pagi esok aku akan bersama-sama dua makhluk,iaitu Fahmi dan Syafick akan ke Taman Burung Kuala Lumpur. Syafick mungkin jadi, mungkin tak. haishh! susah la camni. sebab kemungkinan manusia yang pakai Nikon D300s dan Sony Alpha A550 akan turut serta. segan silu aku nanti kena tinggal sorang2, memandangkan kedua2 pemilik kamera tahap profesional itu ialah kroni Fahmi. kau tinggal aku sorang2 esok siap ye.

Syafick, semoga kau dapat teman aku esok ok ;D


semoga selamat sampai ke destinasi

March 1, 2010

ape gedik gedik? nak jugak :D

Ape maksud gedik ni? tak jumpe pun bila Google. orang Melayu je kot yang benar2 tahu maksudnya. takpe tak kisah pun. meh aku tunjuk macam mana cara aku gedik.


Tanggal 09.09.09, saya mesej kamu. tanya pendapat kamu. mintak kebenaran kamu. lama dah saya rancang. tunggu tarikh yang sesuai. tapi kamu cakap nak fikir dulu. takpe. saya tak kisah. saya boleh tunggu selama mana pun. tapi tarikh yang cun tu dah berkubur la kiranya. sedihnye! rilek2. takpe. saya masih boleh steady. tapi selama tempoh menunggu jawapan daripada kamu tu, seksa betul saya. tak sabar nak dengar jawapan yang paling ditunggu2 tu. kenapa amik masa yang panjang? oh, mungkin kamu fobia kalau2 perkara yang sama berlaku ke atas kamu. ok saya faham. saya pun fobia. tapi dah hilang pun fobia tu. masalah kita lebih kurang sama je kan? macam dirancang je. :D

Kamu masih tak nak bagi jawapan tu kat saya. kenapa? sebab kamu nak cakap depan2 ke? ok. saya setuju. lokasi? rahsia. tarikh? 04.10.09. tak cantik pun :( Takpelah, janji kamu free saya pun free :) Masa lepas makan, kamu beritahu jawapan yang kamu simpan dalam tempoh sebulan tu. eh sekejap je padahal. tapi yela kan, jawapan yang penting, bakal mengubah hidup saya. mesti la rasa lama :P

Sampai la sekarang, kami bersatu hati. auuww! terima kasih la ye kamu. beruntung dapat kamu ni. sopan, jujur, berpendidikan, taat kepada agama, bertanggungjawab, cantik, comel, anggun. auuww! apa yang paling penting, jaga batas pergaulan. baru diredhai oleh-Nya. semoga kami kekal ke akhir hayat. amin.


Wan Nurfarahin bt Wan Rameli




p/s : cukup gedik tak? XP

pp/s : disable comment. kikiki :P

February 23, 2010

nak study

Besok exam. eh study pun belum. kejap lagi la. makan pun belum. minggu depan cuti. nak balik Kuantan. boleh tido atas katil bertilam lembut lagi empuk tu. makanan pun sedap. tiada tandingan. bersih. tiada tandingan. buncit? tiada tandingan. HAHA! :D


dicuri tanpa kebenaran bertulis daripada tuan blog.



*study*..

February 14, 2010

asap berkepul kepul di luar rumah

Lama dah tak sign in blog. bukan tak reti, tapi buat buat malas. Update ni pun sebab baru letak bendera kat atas tu. Btw, gua dah berada di Kuantan. Balik cuti laya maa! Laya la sangat. Aku bukan Cina pun. Pedulik pulak kan? Janji cuti :) Assignment pun tolak tepi. Ah, takpe lupekan kejap je. Bukan selalu dapat makan buah limau laya nih. Sedap :) Tapi bukan buah limau gua nak cerita.


barbeku ;D



ayam, sosej, sotong, udang, ubi kentang, jagung.


Akhirnya, perut ku kembung.

January 12, 2010

yelaaa! update la ni! haha ;)

Semalam iaitu bersamaan 10 haribulan Januari 2010, aku & Fahmi pergi menyelesaikan misi. Satu misi yang telah lama dirancang. Tempat kejadian berlaku di Plaza Pudu, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Kecik je tempat dia. Orang Pahang cakap macam Kompleks Teruntum je. Hari Ahad, memang ramai manusia. Benci betul. Ok sila lihat gambar-gambar dibawah.




ada apa dalam plastik oren ni? hak ela. kecah je mimie.




Canon EOS 450D + EF-S 18-55 IS + Tamron AF70-300mm F/4-5.6 Di




dah boleh lawan Fahmi & McJa XD




first try akakaka!




misi berjaya!



Ceh. bukan pandai guna pun. Eh ada sesiapa nak ajak photoshoot tak?

January 11, 2010

banyak orang banyak ragam

Jika anda ingin bertanya
apakah maksud Kontrak Sosial
tanyakan pada Lim Kit Siang
mungkin dia lebih mengerti dari
seekor beruk yang mendapat bunga

Jika ingin tahu apakah maksud
'Penghapusan Etnik'
tanyakan pada P. Uthayakumar
Kamus Oxford pun tidak termampu lagi
menceritakan definisinya
sebaik dirinya

Tanyakan makna Sensitiviti Kaum
dan Keistimewaan Bumiputra
pada Teresa Kok
anda mungkin terkesima jawapannya
lebih bijak dari seekor anjing
dari dua biji telur dan sedikit kuah

Mintalah nasihat Dr. Mashitah
tentang Qisas dan Hudud
rujuklah tentang Negara Islam Madinah
pada DS Najib Tun Razak
mereka lebih faham dari
Tuan Guru Hadi Awang

Jangan tanya maksud 'Allah'
pada Ustaz Haron Din
tapi rujuklah ia pada
Khalid Samad,Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Umno
kerana merekalah pejuang 'Tuhan'
merekalah yang 'mensucikan' nama-Nya
di muka bumi ini

bukan para ulama
bukan para mufti
mereka banyak berpolitik
mereka banyak membodek

mari kita suburkan Pluralisme
kita jadikan Hukum Tuhan
sebagai tisu tandas paling mahal
di hotel yang bernama 'Malaysia' ini

jika mahu menangis
tanyakan pada Faisal Tehrani

"ayuh,menangislah!...menangislah....!"




Sumber : MistisFiles

January 10, 2010

bila lagi nak mandi hujan?

Macam ni. HAHA! ;D





p/s: gambar diambil tanpa kebenaran bertulis daripada tuan empunya blog. XD

January 8, 2010

hampa

Hari pendaftaran yang menyiksakan. datang awal tapi angka giliran tetap yang ke-125. Nasib baik masa tunggu giliran tu tak berpeluh. kalau tak, hilang la macho harini. pakai perfume Hugo Boss punya la banyak. mane tahu nanti ada awek terpikat (eh eh lupa pulak pada keturunan One hehe).

Masa kat kaunter nak bayar yuran ATAP (atap nipah) paling lama beratur. sampai manusia di belakang dah mula berbunyi dengan bahasa yang tidak enak. aku masih selamba sebab dah nak siap dah segala urusan.

Dah habis semua, lepak Gerai Ibu, makan, balik rumah. nak bersiap2 keluar dgn Yaya & Lily. hajat aku nak beli kasut. pegi la Times Square. masuk kedai itu kedai ini. semua hampeh. banyak kaler putih dan putih dan PUTIH. benci betul. Masuk Plaza Bukit Bintang pun lagi la hampeh. Yaya jugak yang berjaya dalam misinya. Lily? sama la. dah tu aku macam mana? ;(




atau




nak cari kat Pavilion pulak.

January 7, 2010

CSOM

Computer System : Operation & Management atau CSOM (sebutannya Sisom, kepada yang tak tahu). Selamat mendaftar semester baru pada hari esok. Semoga berjalan lancar, takde beratur panjang, takde duit tak cukup, takde segala benda yang kita semua benci. Jumpa anda disana!


January 4, 2010

sedikit peringatan

Melainkan Nabi Isa alaihissalam. Barangsiapa yang berjaya membunuh Dajjal, orang yang membunuh dajjal itulah Dajjal yang sebenarnya.

Kenapa? dalam memerangi Dajjal, setiap insan perlu mempunyai keimanan yang kukuh, dan mantap serta ilmu dan ibadat yang tinggi.

Umat Islam telah dikhabarkan oleh Nabi Muhammad saw bahawa Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa alaihissalam. Maka tiadalah lagi ada sesiapa yang akan dapat membunuh Dajjal, melainkan Nabi Isa sendiri.

Begitu juga masyarakat barat yang ketika ini sangat bersemangat untuk memerangi Dajjal. Mereka tidak akan pernah berhasil memburu dajjal dan membunuhnya, melainkan jika mereka berjaya membunuhnya, maka merekalah sebenarnya Dajjal itu.

Kerana, apabila mereka bergerak memburu Dajjal, maka mereka tentu tidak akan terlepas daripada membunuh manusia-manusia yang tidak berdosa, mereka juga tentu tidak akan terlepas daripada fitnah dajjal itu sendiri, sehinggakan mereka sendirilah yang akan terkena fitnah.

Apabila mereka hendak menasihatkan orang lain pula, maka mereka mesti pula mengharungi dunia dajjal. Dunia yang penuh dengan segala macam fitnah.

Apabila mereka hendak melepaskan diri dari fitnah dajjal itu, mereka tidak berupaya lagi untuk melepaskan diri, kerana mereka sudah terperangkap oleh fitnah dajjal. Wa iya dzu billah min dzalik.

Maka marilah kita semua berdoa dan berkempen membaca 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Sumber :
Pelayaran Mencari Ashabul Kahfi

January 1, 2010

masa telah berlalu

Ya. berlalu dengan cepatnya. eh cepat ke? entah la labu. bagi aku cepat. yela umur dah nak sampai 20 dah. Bila nak kahwin? akakaka! harini 2009. tup tap tup tap esok dah 2010. kenangan 2009? malas nak cerita. baca blog orang semua post pasal benda tu. hak ela! bukan takde benda best berlaku, tapi malas nak dikenangkan. baik aku terus pandang ke hadapan. 2010? aku ingat satu benda je pasal 2010 ni.


bola woi! haha. terbaik la. biarlah Malaysia tak layak pun. memang tak layak sampai bila2 punya.

Tahun baru kan? so nak sambut tahun baru la malam ni? tak payah la weh. tu semua melalaikan je aku rasa. melepak tengah malam bersama artis2 buat hape. kejadah. lagipun aku bukan boleh kuar rumah malam2. HAHA XD. tahun baru ibarat membuka kamus baru, tutup kamus lama. so teruskan memandang ke hadapan. bersiap sedia menerima pembaharuan.



Papehal pun selamat tahun baru lah buat korang semua. semoga kita semua berjaya dunia akhirat.









p/s : tahun 2010, banyak berlaku kejadian besar. betul ke?