November 6, 2009

nak bermadu boleh tak?

hak ela mesti la boleh. ini madu Australia mari punya! ;D



-Capilano pure & natural honey
-Beli di Jusco Maluri
-Harga RM12.30
-hehehe!

November 5, 2009

aku ketagih

Farmville! ;D

*harvesting*

November 3, 2009

sekadar renungan

Artikel ni bukan aku yang tulis. semestinya bukan! macam best je nak kongsi. Sebab tu nak post. Dicilok dari sini. Terima kasih kepada mereka semua.



***



Al-Quran diturunkan oleh Allah untuk dijadikan pedoman dan ikutan oleh umat Islam sampai ke akhir zaman bukan untuk meramal sesuatu kejadian. Tapi ini sudah dikategorikan sebagai meramal masa hadapan. Sedangkan Rasullulah sendiri tidak mengetahui dengan tepat bila kiamat, hanya ditunjukkan dengan tanda-tanda kecil dan besar sebagai persediaan.

Meramal kejadian masa depan dan mengkaji kejadian yang sudah lepas adalah perkara yang berbeza. Kita dapat mencari petanda dan amaran Allah dengan mengkaji kejadian yang telah berlaku. Tidak Allah jadikan sesuatu perkara itu sia-sia, melainkan bagi orang-orang yang berfikir.

Apa yang perlu kita ingat di sini, 2012 itu mungkin hanya propaganda barat untuk menakutkan umat Islam. Pada pendapat saya, akan terjadi sesuatu pada 2012 itu tetapi bukan kiamat seperti yang diuarkan. Sebelum kiamat, akan ditunjukkan tanda-tanda besar seperti yang disabdakan Rasullulah dan kita adalah umat akhir zaman.

Di sini saya mahu kongsikan pendapat saya tentang 2012. Pada 2012 akan terjadi satu kejadian besar, tetapi bukan kiamat! Kiamat itu hanya Allah yang maha mengetahui. Freemason/Illuminati akan melakukan mega ritual setiap 11 tahun (sun cycle). Di sini saya bagi bukti, pada 9/11/1990. Presiden Amerika ketika itu, George Herbert Walker Bush (ayah George W. Bush) telah mengumumkan rancangan NWO secara public.

Genap 11 tahun selepas itu pada 9/11/2001 mereka telah melaksanakan projek mega mereka seterusnya, iaitu WTC! Dan melalui WTC ini juga mereka telah jadikan alasan untuk menyerang dan membunuh umat Islam dan Osama Laden dijadikan sebagai spacegoat untuk menjadikan Islam sebagai pengganas di mata dunia walhal watak Osama itu direka oleh mereka!

2001+11=2012!

Menurut bekas ahli Illuminati peringkat tinggi, Zagami. Barat akan mengadakan pembunuhan besar-besaran terhadap umat Islam pada 2012. Mungkin akan tercetusnya perang dunia ke 3?

Hanya Allah yang maha mengetahui.



Sumber : holywar-efairy.blogspot.com