December 23, 2009

The Brand With 3 Stripes

hoi! brape tahun entah tak bukak. takde mende best. takpe2, ni ha mende best. kasut baru! Tadi baruje dapat secara percuma kat Berjaya Megamall. PERCUMA beb PERCUMA!





p/s: jom main futsal & jogging. ade bran? hak ela.
pp/s: memang la percuma sebab Pak Din yang bayarkan. XD

November 6, 2009

nak bermadu boleh tak?

hak ela mesti la boleh. ini madu Australia mari punya! ;D



-Capilano pure & natural honey
-Beli di Jusco Maluri
-Harga RM12.30
-hehehe!

November 5, 2009

aku ketagih

Farmville! ;D

*harvesting*

November 3, 2009

sekadar renungan

Artikel ni bukan aku yang tulis. semestinya bukan! macam best je nak kongsi. Sebab tu nak post. Dicilok dari sini. Terima kasih kepada mereka semua.



***



Al-Quran diturunkan oleh Allah untuk dijadikan pedoman dan ikutan oleh umat Islam sampai ke akhir zaman bukan untuk meramal sesuatu kejadian. Tapi ini sudah dikategorikan sebagai meramal masa hadapan. Sedangkan Rasullulah sendiri tidak mengetahui dengan tepat bila kiamat, hanya ditunjukkan dengan tanda-tanda kecil dan besar sebagai persediaan.

Meramal kejadian masa depan dan mengkaji kejadian yang sudah lepas adalah perkara yang berbeza. Kita dapat mencari petanda dan amaran Allah dengan mengkaji kejadian yang telah berlaku. Tidak Allah jadikan sesuatu perkara itu sia-sia, melainkan bagi orang-orang yang berfikir.

Apa yang perlu kita ingat di sini, 2012 itu mungkin hanya propaganda barat untuk menakutkan umat Islam. Pada pendapat saya, akan terjadi sesuatu pada 2012 itu tetapi bukan kiamat seperti yang diuarkan. Sebelum kiamat, akan ditunjukkan tanda-tanda besar seperti yang disabdakan Rasullulah dan kita adalah umat akhir zaman.

Di sini saya mahu kongsikan pendapat saya tentang 2012. Pada 2012 akan terjadi satu kejadian besar, tetapi bukan kiamat! Kiamat itu hanya Allah yang maha mengetahui. Freemason/Illuminati akan melakukan mega ritual setiap 11 tahun (sun cycle). Di sini saya bagi bukti, pada 9/11/1990. Presiden Amerika ketika itu, George Herbert Walker Bush (ayah George W. Bush) telah mengumumkan rancangan NWO secara public.

Genap 11 tahun selepas itu pada 9/11/2001 mereka telah melaksanakan projek mega mereka seterusnya, iaitu WTC! Dan melalui WTC ini juga mereka telah jadikan alasan untuk menyerang dan membunuh umat Islam dan Osama Laden dijadikan sebagai spacegoat untuk menjadikan Islam sebagai pengganas di mata dunia walhal watak Osama itu direka oleh mereka!

2001+11=2012!

Menurut bekas ahli Illuminati peringkat tinggi, Zagami. Barat akan mengadakan pembunuhan besar-besaran terhadap umat Islam pada 2012. Mungkin akan tercetusnya perang dunia ke 3?

Hanya Allah yang maha mengetahui.



Sumber : holywar-efairy.blogspot.com

October 12, 2009

ting-ting kepada tong-tong

ting tong

Terima kasih kepada Mini Keyboard berjenama Casio. kerana anda, saya mampu melakukannya.

October 7, 2009

tak puas hati betul


kenape aksi kau kejap sangat? nasib baik aku ada air soya. hak ela!

October 2, 2009

minat

Semalam tengok semula filem The Devil Wears Prada. nak cari lagu2 soundtrack dia. menarik & sesuai dengan filem tuh yang mengisahkan dunia fesyen. dengar muzik2 macam tu rasa macam glamour plak. ececececeh! last2 jumpa gak. dah letak kat blog ni. kat bawah. nanti nak cari yang lain plak. oh ya, lama dah tak pegi tengok fashion show. slalu tengok kat kLcc & Pavilion. kalau esok lusa ada, nak pegi tengok la. tapi kalau brand Kiki Lala je yang ada watpe.


September 10, 2009

masa dulu masa kini

Punk. aku kenal punk sejak skolah rendah lagi. ape itu punk? Google sendiri. pengaruh rakan karib punye pasal. mana tak nya, dia asyik dengar lagu punk je. naik bosan aku. bosan2 pun aku pulak terjebak. terjebak macam mane tuh? layan muzik jela. takdela sampai hang out pegi buat kacau kat public tuh. haha. itu aku tak minat. band punk banyak. antara yang aku layan mula2 skali sudah tentunya The Ramones. member aku gak ajar. pandai kau ek.

Masa skolah menengah, main Good Charlotte plak. mula2 dgr kaset kawan je. tapi macam tak puas hati plak. so beli sendiri. The Young & The Hopeless berharga RM17.90 aku beli pakai duit sendiri. errr kat skolah tak makan, so simpan duit boleh la beli. haha. untung betul. semua lagu dalam album tu semua best. McJa pun terpengaruh pegi beli jugak. sampai sekarang kaset tu ada lagi. tersimpan rapi dalam laci kabinet khas untuk kaset2 lagu.

walopun kaset, tapi nilai sentimental tetap ada bagi aku. sebab masa zaman tu la aku mengenal manusia bernama sahabat. aku sayang kau. bila lagi kite nak dengar Good Charlotte bersama2? sekarang pun MP3 ku panas disebabkan putaran lagu2 Good Charlotte. mungkin sekadar untuk mengenang kisah lama.

September 6, 2009

aku suka mereka

Peramah, senyuman & adakalanya sikit gurauan. selesa. sangat selesa. servis yang sangat bagus. dan mereka adalah chinese. kenapa kalau aku pegi kedai melayu takde pulak camtu? heshh. bukan nak cakap ape, cuma knapa kita tak boleh jadi macam mereka. cara mereka berniaga memang dipuji. tapi tak semua la yang baik. ada gak yang annoying. racist. layanan yang berlainan jika berlainan kaum. ini yang tak best. ape2 hal, aku suke rambut baru aku.
haha!~


p/s : tak sabar nak pegi tengok The Final Destination.

September 4, 2009

wuuu!

Malas dah main blog. buat sementara waktu ni laa. haha. minggu yg sangat busy. midterm, test & presentation. huh sungguh tak best. yg bestnya raya dah dekat. haha. JJ Maluri pun dah pasang lagu raya. awalnye. tapi tetap tak boleh lawan aku. sebelom puasa pun dah start layan. huahua.
rindu nak smayang terawih la. kat kL ni susah sikit nak pegi. masjid jauh & malam2 kat sini ferrr macam haram bahaye. demi mementingkan keselamatan diri, hajat tak sampai. takpelah, balik Kuantan nanti topup balik terawih tu. insyaAllah.
bye!


p/s : sori kawan2 kalau mood aku telah mengecikkan hati korang.

August 3, 2009

siper

Disebabkan siper ku hilang di masjid Pandan Indah, aku mula berangan2 untuk memiliki sepasang siper baru. mungkin kali ni aku akan mendapatkan siper yang agak 'murah'. takpelah asalkan berbaloi. lagipun dah lama target nak melaram time raya nnt. horeyy! *ishh raya lagi*. insyaAllah beberapa minggu lagi aku akan membelinya. mintak2 ada diskaun. ada beberapa gambar untuk membuatkan anda terliur ;-











-idaman kalbu ;D
lagi info & model, sila klik disini.

July 29, 2009

suara memanggil

Semalam, ketika ber'YM' dengan Ustaz Fahmi, beliau berkata, "Jom pegi Ehwal Islam kat tempat aku". fuhh. kalau ustaz dah ajak, memang kena pegi ni. haha. lagipun lama dah tak dengar ceramah agama ni. masa muda2 dulu dengar la jugak, ikut ayah ke masjid seberang jalan tu. skarang ni susah. sibuk dengan blaja. haha! ustaz cakap nak jemput aku kat LRT Pandan Indah. yess! terima kasih ustaz kerana sudi menumpangkan aku dengan motosikal kaler oren miliknya. lagi bersemangat nak pegi. lagipun bukan calang2 orang yang nak sampaikan ceramah tu nanti. nak tau?

Forum Perdana Ehwal Islam di Pandan Indah.
Membentuk Mukmin Sejati

Antara panel2 yang diundang;

-Y.Bhg Dato' Prof. Haron Din
-Y.Bhg Dato' Hashim b Yahya
-Y.Bhg Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Tarikh : 31 Julai 2009 (Jumaat)
Tempat : Masjid Al Azim Pandan Indah.
Masa : 8.30 malam

Y.Bhg Dato' Dr Hasan b Mohamed Ali bertindak sebagai pengerusi pada malam itu.
jom lah geng! ramai2 penuhkan rumah Allah. semoga kita semua berjaya menjadi seorang mukmin yang diberkati-Nya. Amin.



p/s : mood bulan puasa dah datang.
pp/s : cakap pasal agama ni, mesti tak ramai nak comment. kan?

July 21, 2009

kuning

ok. aku amik masa 10minit untuk berfikir nak tulis kejadah amende. ntah. idea memang cetek sedangkan aku suke menulis. cemane tuh? tapi kalau bab2 mengomen, aku lah juara. aku suke komen blog, myspace orang. lebih senang. tak payah pening pasal idea. heshh, kalo idea takde, cemane nak wat essay Cobol tu? first assignment. dah la blom blaja lagi. bab kata susue, "projector rosak, terus dapat assignment?" XD

oh ya. sabtu lepas pegi beli Bumblebee kat Metrojaya, Times Square. sgt berpuas hati. detail, mencabar, kualiti dan 'berpatutan'. haha! ah, ok la tuh. janji puas hati. nanti dlm 5 taun lagi, bleh jual mahal kat Ebay. tu pun kalo aku dah tak syg la. tp rase takkan jual kot. kikiki ;p

Human Alliance Bumblebee


best best! siap ada Sam Witwicky tuh. patung Mikaela pun rase2 nye ada jual gak. nak beli la. nak buat jahat. hehe! first time main, nak tukar drpd Car Mode kepada Robot Mode memang rase susah. sendi-sendi sume ketat lagi. ok tak reti. so baca manual. susah gak nak faham. nasib baik ingat sikit2 yang si Peaugh ajar kat Youtube. thanks dude. u r the best. ok skrg ni baruje simpan balik Bumblebee dalam kotak. biar la die terperap kat dalam tuh. tak nak diganggu Decepticons. haha ok poyo. simpan sebab nak study. cewaahhh! ;D

ni dah pertengahan Julai. Ogos dah nak masuk. pastu puasa. yesss! bleh diet! haha. jimat duit skali. puasa start 22hb kot. tak kisah la tuh. ape yg dikisahkan? aku asyik layan lagu2 raye je. akakaka! best kowt. bukan tak sabar nak raye, tp nak puasa. serius ok. si Fahmi jeles. nak jugaaakk lagu raye drpd aku. haha! ok esok aku bwk g kolej kasi pendraip kat kau eh. memang aku byk lagu raya. 100lebih gak kot. campur2 dgn yg tak best la.

ok dah. mungkin lama takkan berblogging. manyak bizi maaa!
bye!

July 14, 2009

tak sabar

Cepat la masa berlalu. tak sabar nak belajar ni. serius. sem baru. subjek baru. harapan baru. kejayaan baru. semoga berjaya Nazmi. tak lupa juga kepada kengkawan C.S.O.M. kita semua akan berjaya suatu hari nanti.

Bye.

July 9, 2009

sesak dan sunyi

7.59am

Keluar drpd rumah. fuh! semangat bagaikan optimus peraim. rindu kat kengkawan kolej. pagi td daftar pukul 9, sampai pukul 11. nasib baik dtg awal. takde la sesak sangat. berbekalkan wang drpd ATM CIMB, aku habiskan rm100 utk bayar yuran ATAP. entah la atap ape. atap daun kelapa kot. ohh, ade balance rm50. so lepak makan kedai ibu.

1.30pm

Balik drpd kolej. bersiap utk keluar bersama rakan2 taulan. sape? syafick, nazrin, suyaya, sheera. suyaya ajak tgk wayang. hak ela, transformers lagi? takde cite lain ke wei? eh ape plak. aku gak beria nak tgk. wat kali ke-4. akakaka! thanx syafick sbb tumpangkan Saga ko. tak penah naik kete pegi TS, parking bawah tanah. haha! so tgk kat iMax. si Micheal Bay ckp ade something special kat scene2 tertentu. sbb pkai camera iMax. tu pasal tgk kat iMax. tiket rm7. eh murah la pulak? hari rabu kot.

4.45pm

Lepak makan snack plate original recipe. si sheera bwk bekal dari shushi king. ade ke patut? akakaka! nasib baik aku xmakan. nazrin ckp xsedap. haha. ok sume dah hepi, perut dah buncit, pusing2 la jap. tgk Bumblebee human alliance kat kedai tu. peh! memang diidamkan ;D
Duit Mara masuk lg, so boleh la beli. kikiki. yela, nak cari kat Kuantan mcm hampeh je. alang2 dah ade KL, baik rembat cepat. boleh main2, tunjuk kat si lily & suyaya. haha! blagak XD

5.55pm

Masuk panggung. eh pehal sunyi je ni? hak ela. takde org pun. yela, hari keje. sape nak g tgk? dah la iMax. tingkat 10 pulak tu. sape nak naik. tgk GSC sesak je. xpela, suke sunyi drpd sesak.
La, Micheal Bay ni tipu la. tak nampak beza pun? ckp ade special effect. tahik kucing la lu. X(
Walopun tgk 4kali, tetap x bosan. dah minat. nak wat camner. janji hepi. lantak la sape nak mengata. tak minat sape suruh? XD

8.30pm

Balik la. ape lagi? dah lewat pun. tapi xpenat. ;D


p/s ; eh jom tgk GI Joe?

July 7, 2009

sungguh xbest

malasnye nak balik ke hutan batu. penuh ngan batu2. panas plak tu. huish. xpuas dok umah.
xpuas lepak dalam bilik. xpuas main pingpong. xpuas makan lauk2 Ma masak.
pingpong? peh! dah terer. haha. xsampai sebulan main. syok. macam tennis gak. cume kecik.
yaaaa game Transformers2 PS2 best gak. byk kemajuan berbanding yg dulu. cume skrg dah xleh main. huhu kesian. waiting 4 my parents from Shanghai. yeaaa! mainan Transformers! dah beli ke?
huhu. xsempat beli xpelah. beli jer kat sini. mahal pun mahal la. janji hati puas XD

bye2 Kuantan ku..;D

June 25, 2009

sebak

Entri kali ni xde pic. maaf XD. lepas balik dari wayang, sampai umah, cari chord lagu kat website. knape? lagu closing filem Transformers sgt menarik. skali dgr terus tertarik. tajuk, band ape ntah xtau sape. usyar kat youtube, nasib baik jumpe. yess!


Intro: Dm - A# - F - C (x2)

Verse:
Dm A# F C
Do you know what's worth fighting for,
Dm A# F C
When it's not worth dying for?
Dm A# F C
Does it take your breath away
A# C
And you feel yourself suffocating?
Dm A# F C
Does the pain weigh out the pride?
Dm A# F C
And you look for a place to hide?
Dm A# F C
Did someone break your heart inside?
A# C5
You're in ruins

Chorus:
F5 C5* D5
One, 21 guns
C5 A#5
Lay down your arms
F5 C5
Give up the fight
F5 C5* D5
One, 21 guns
C5 A#5 F5 C5
Throw up your arms into the sky,
A#5 F5 C5
You and I


cemane nak main? blaja laa. tu pun xtau. XD


p/s: sebak. sebab teringat Optimus mati ;(
pp/s: Greenday - 21 Guns

June 23, 2009

brape?

Gambar, gambar, dan gambar. gambar lagi! suke letak gambar. xsuke menaip.
boring + x pandai. so, baik letak gambar. CIWIK!!! ;D. ok dah. harap anda faham. nak bace panjang2, sila singgah ke blog lain ok. baru balik dr Megamall. kul1030 dah kuar. excited nak g beli tiket. yela, nnt xdapat seat yg best. beli utk 2hari. 1 tgk ngan McE, 1 lg tgk ngan memember ;D. so, tlg beli utk memember skali.

first time beli sebegini panjangnya XD

June 19, 2009

menatang

Akhirnya. lama btol nak tunggu. time nak beli, duit xdela, xde jual la. skarang dah dpt. yeaa!
Beli kat ECM. tu pun ade sikit je. Kuantan mmg hampeh. tp xpela, janji Kuantan bersih. wahaha! Tak sabo siot nak tgk kat panggung. sampai baju, topi, komik, novel grafik, mainan, sume aku bantai. hahaaaa ;p


Ya. macam budak2. haha. xkisah la. janji minat. kalo x caye, tye Dr.Fazley & Faizal Tahir ;D
Saje letak laptop tu. nak background je. bukan nak nunjuk. laptop dah usang. watpe nak tayang. malu. lain la macam Ma punye ;p



ps : 2 entri dah pasal Transformers. pehal?
pps : McNa & Abg Faizal ajak tgk skali. Mcja jgn jeles XP

ppps : Bumblebee = coming soon ;p

June 16, 2009

hari pembalasan

Baru balik dr Megamall. nak usyar tiket Transformers dah ade jual ke blom. tgk kat website, ckp dah ade jual. hampeh je. xde jual lg. Kuantan lembab kot. kat KL mesti dah jual. huhu. xpela, booking ikut tenet suda. McJa, thanx sbb bg gune akaun. heh! ;D



Macam sedih je kali ni. Decepticons lebih kuat. cemane nak lawan? ah, malas pikir. tgk jela kat cinema nnt. mintak2 dapat seat terbaik. sekurang2 nye tgk 3kali. ngehehe ;p
weh sue, aku takut xdapat join korang ar. rase malas plak nak blk KL awal2. byk pkai duit la.
aku xde pun, xjadi masalah kan? hehe ;D



p/s; daftar kolej bile?

June 12, 2009

dah habis

Suatu malam di arked JJ Maluri, "Kak, bagi sy 5 token". Dah lama xmain. Dah gian. Slalu main ngan bebudak CSOM je ;p. Kali ni ngan abg aku plak. PEHH!! Main Initial D macam siot je. Stereng xbest langsung. Last2 Daytona gak menjadi idaman ;D . Lepas dah kalah, main basketball. Boring. Bola 2 jibik je! Hampeh. Sape suh xcek dulu. haha. Trettt trett!! Sape pulaakk tepon time2 camni. Hantu betol. Tengok screen, xjadi nak bebel. Budak cempera labu tepon. Susah nak terima panggilan drpd die ni. Sbb tu xjadi marah. ngahaha. Poyo je. Pilih kasih. (yeke?) XP. Tapi thanks ye ;D I'm really happy.


Penat merantau KLIA. Hantar sistah nak pegi oversea. Bestnyee! Shopping. hehe ;p . Gambar paling byk = AKU. hahahak XD. Nak wat cemane, dah dididik(btol ke?) utk berposing sejak kecil. Maaf ye. kesabaran anda dihargai. hahahak ;p

me & ma, McE, McRai, McJu ;D

June 8, 2009

kehangusan

Dah lama balik. dah lama kat umah. dah naik jemu. dah puas nangis. haha ntah hape2 aku (ah, sukeati aku la). biasela, dah lama jaga kulit. jaga sampai 5 bulan, tapi 5 hari je dah hitam ;(
xpela, janji percutian tu meyumbang kepuasan tahap gaban. XD
dah la, malas dah nak merepek. cuti sem ni nak lepak umah je, bersukan. dan sudah tentunya menjaga kulit agar kembali kpd asal. ;p

kepingpongan ;D


Yes. aku pun ade blog gak. kecah la korang. haha! selama ni hanya ngomen org punye blog je. woi ajar aku weh! kurang pandai ni. XD