March 13, 2010

burung-burung berkicauan

Sudah lama tak melaram dengan Canon Rebel XSi aku. takut jugak hilang ilmu yang ada nanti. ilmu dah la tersangat cetek, nanti makin cetek pulak kan susah. jadi, awal pagi esok aku akan bersama-sama dua makhluk,iaitu Fahmi dan Syafick akan ke Taman Burung Kuala Lumpur. Syafick mungkin jadi, mungkin tak. haishh! susah la camni. sebab kemungkinan manusia yang pakai Nikon D300s dan Sony Alpha A550 akan turut serta. segan silu aku nanti kena tinggal sorang2, memandangkan kedua2 pemilik kamera tahap profesional itu ialah kroni Fahmi. kau tinggal aku sorang2 esok siap ye.

Syafick, semoga kau dapat teman aku esok ok ;D


semoga selamat sampai ke destinasi

March 1, 2010

ape gedik gedik? nak jugak :D

Ape maksud gedik ni? tak jumpe pun bila Google. orang Melayu je kot yang benar2 tahu maksudnya. takpe tak kisah pun. meh aku tunjuk macam mana cara aku gedik.


Tanggal 09.09.09, saya mesej kamu. tanya pendapat kamu. mintak kebenaran kamu. lama dah saya rancang. tunggu tarikh yang sesuai. tapi kamu cakap nak fikir dulu. takpe. saya tak kisah. saya boleh tunggu selama mana pun. tapi tarikh yang cun tu dah berkubur la kiranya. sedihnye! rilek2. takpe. saya masih boleh steady. tapi selama tempoh menunggu jawapan daripada kamu tu, seksa betul saya. tak sabar nak dengar jawapan yang paling ditunggu2 tu. kenapa amik masa yang panjang? oh, mungkin kamu fobia kalau2 perkara yang sama berlaku ke atas kamu. ok saya faham. saya pun fobia. tapi dah hilang pun fobia tu. masalah kita lebih kurang sama je kan? macam dirancang je. :D

Kamu masih tak nak bagi jawapan tu kat saya. kenapa? sebab kamu nak cakap depan2 ke? ok. saya setuju. lokasi? rahsia. tarikh? 04.10.09. tak cantik pun :( Takpelah, janji kamu free saya pun free :) Masa lepas makan, kamu beritahu jawapan yang kamu simpan dalam tempoh sebulan tu. eh sekejap je padahal. tapi yela kan, jawapan yang penting, bakal mengubah hidup saya. mesti la rasa lama :P

Sampai la sekarang, kami bersatu hati. auuww! terima kasih la ye kamu. beruntung dapat kamu ni. sopan, jujur, berpendidikan, taat kepada agama, bertanggungjawab, cantik, comel, anggun. auuww! apa yang paling penting, jaga batas pergaulan. baru diredhai oleh-Nya. semoga kami kekal ke akhir hayat. amin.


Wan Nurfarahin bt Wan Rameli




p/s : cukup gedik tak? XP

pp/s : disable comment. kikiki :P